”Awas, Dadah Baru Dibungkus Macam Gula-Gula Kini Sudah Ada Dalam Pasaran Negara” – AADK Hilir Perak

Dadah New Psychoactive Substances (NPS) bukanlah dadah baru sebaliknya sudah lama wujud di pasaran terutamanya di negara Eropah. Tetapi di Malaysia, NPS adalah dadah terkini yang muncul dalam pasaran tempatan.

Menurut DrugWise yang berpangkalan di United Kingdom, NPS adalah campuran baru yang mampu untuk memberi kesan yang serupa kepada pengguna seperti pengambilan dadah berbahaya contohnya kanabis, kokain dan pil ektasi.

Namun apa yang membimbangkan adalah cara ia dipasarkan dengan teknik pembukusan yang menarik dan kelihatan seperti gula-gula.

Terkini seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak, dadah ini sudah pun dikesan berada di dalam negara dan dijual di pusat-pusat hiburan terutama di sekitar ibu negara.

Menurut AADK Hilir Perak lagi, sebelum ini dadah tersebut terlebih dahulu memasuki pasaran negara jiran. Malah, dadah NPS ini juga dikatakan memberi kesan yang amat memudaratkan kepada pengguna.

Malah, ada beberapa rakaman video yang tular sebelum ini yang mendakwa bahawa pengambilan dadah NPS membuatkan seseorang itu bertindak seperi zombie.

Di beberapa negara, dadah NPS dijual di dengan pembukusan yang menarik seperti gula-gula dengan pelbagai jenama. Pembungkusannya seperti gula-gula dikhuatiri boleh memperdaya kanak-kanak yang membelinya.

AADK Hilir Perah turut menasihati ibu bapa agar mengawal pergerakkan anak-anak supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada dadah jenis baru ini.

Justeru, diharapkan pihak berkuasa mampu mengawal kemasukkan dadah ini kedalam pasaran negara dengan segera bagi mengelakkan ia memberi masalah yang lebih parah berkaitan penggunaan dadah dalam kalangan penduduk Malaysia.

 

Sumber : http://www.siakapkeli.my/2017/12/video-awas-dadah-baru-dibungkus-macam.html

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*